Powered By Blogger

02 February 2013

Ape ni!!

Tak tenang langsung !!.. sungguh serabut kepala aku ni pikir macam-macam .. yang bukan-bukan plak tu.. adoiii .. Semuanya salah aku ke.?? apa salah aku sebenarnya ni .. bagilah aku tenang,damai dan bahagia macam selalu. aku taknak hidup aku jadi macam ni.. emm mungkin sebab aku lupe ape itu susah. Susah segala-galanya kan.. sebab selama ni aku senang, selalu gembira, hati tenang je sampai lupa apa itu derita dan kecewa .. Luka lama belum sembuh, timbul pula luka yang baru. Sangat dasyat.. Semoga jangan pisang itu berbuah dua kali, sedangkan aku tahu ALLAH sentiasa menguji hambanya berulang kali walaupun ujian itu sebenarnya adalah sama .. breathless aku dibuatnya.. Sabar ye Farhana Jamal, semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Bila HAWA Menangis..


Pernahkan tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai seorang adam, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...


01 February 2013

Air Mata Itu ..


 
~..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA? ~

>>> Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu..BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK.. insyaallah.