Assalamualaikum..
Semalam aku dapat rasakan ketenangan dalam diri ini semenjak sidia tidak menghubungi aku. Aku dapat merasakan ketenangan itu pada malam hari. Aku tidak memikirkan soal cinta dan hanya mengosongkan fikiranku ini dari memikirkan segala hal yang mengarut. Aku tenangkan jiwaku ini seorang diri tanpa sebarang gangguan daripada siapa pon. Selagi aku memikirkan tentang perkara itu, semakin parah keadaan aku. So lebih baik aku diamkan diri, biarlah ape orang nak cakap. Jika seseorang itu boleh lakukan, apatah lagi aku. Aku juga mempunyai hati dan perasaan seperti orang lain. Jika seseorang itu perlu masa untuk memikirkan perkara yang baik untuk diri mereka, aku yakin aku juga boleh untuk memikirkan kebahagiaan hidup aku sendiri. Kini aku redha dengan apa yang berlaku, aku terima segala dugaan ini dengan tabah. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberi hambamu ini kekuatan yang bagi aku sangat luar biasa. Sekarang aku mendapat semangat daripada apa yang berlaku. Aku tidak akan melupakan hal yang telah terjadi dlam hidup ini. Betul kata orang, Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Jika itu kehendah Allah aku terimanya dengan hati terbuka. Setiap jam dan detik aku sering berdoa agar Allah tenangkan fikiran aku yang bercelaru ni. Hanya keran seseorang aku lemah. .aku bagaikan tak nak hidup dalam dunia ini. Tapi kini aku diberi kekuatan. Walaupun tanpanya disisi atau dihati sekalipun aku redha dengan ketentuan itu. Jika di kolej aku mempunya kawan-kawan yang banyak memberi semangat untuk aku teruskan kehidupan ini. Jika di hostel aku sunyi tanpa kata-kata semangat tersebut. Setiap malam aku menangisi setiap kenangan yang bermain dalam fikiran aku ni. Kenangan-kenangan tersebutlah yang telah membuat aku lemah semangat untuk membuat apa sahaja. Jika aku teringat kenangan dan sedih mengenangkannya aku bagaikan orang yang paling malas sekali di dalam dunia ini. Aku malas untuk melakukan apa sahaja kerana aku terinat dan meridui nya setiap masa. Walaupun masa itu adalah masa untuk mengalas perut, aku tetap tidak selera untuk makan. apa yang aku makan seperti tidak mempunyai apa-apa rasa pun. hidup aku macam dah di pukau,emm pelik tapi benar. Aku yakin rama yang mengalami kehidupan macam aku ni. Bercinta tapi rasa macam tak dihargai. Bercinta tapi rasa macam bertepuk sebelah tangan je. Kita rasa kita je yang beria-ria sayang kepada sidia tetapi mungkin pada hakikatnya tidak. Aku tidak dapat merasakan cinta darinya sekarang dan sejak dua menjak ini. die hilang tanpa kata-kata. Masalahyang dihadapinya dipendam seorang diri tanpa memberitahu kepadaku. Sebenarnya die tahu perangai aku. Aku sebenranya tidak suka dengan orang yang pemdam wlaupun masalah itu sekecil kuman. Aku suka jika seseorang itu berterus -terang daripada mendiamkan diri seribu bahasa. kehidupan aku berlainan dengan kehidupan orang lain. Aku telah diajar untuk berterus-terang dalam apa perkara sekalipun. Mungkin amai yang tidak mengerti tentang diri aku ni. Tapi itu lah hakikatnya. Dalam fikiran aku ni selalu memikirkan adakah die masih sayangkan diri aku seperti dulu ataupon hanya memainkan hati dan perasaan aku je. Aku bukanlah alat permainan yang mudah untuk dimainkan oleh mana-mana pihak. Aku juga mempunyai naluri yang dapat merasakan kehidupan yang akan aku tempuhi. Jika jodoh aku dengan die aku mohon supa Allah satuka hati aku dengan hati sidia. Jika die bukan jodoh yang telah ditetapkan kepadaku, aku mohon supaya Allah jauhkan hati aku dengan hati die, peliharalah kehidupan aku dan kehidupan dia.. Aku mohon supaya Allah berikan aku kesempatan untuk bertemu dengan jodoh masing-masing di masa akan datang jika kami dipanjangkan umur. Jika dia bukan milikku berilah aku kesabaran yang berpanjangan. Bukalah hati aku dengan seseorang yang betul-betul dapat memberikan aku kebahagiaan, kedamaian, dapat membimbing aku, dapat memenuhi sagala permintaan aku, seorang yang sngat penyayang, seorang yang dapat menghiburkan aku, seorang yang dapat memenuhi masanya untuk aku, dapat memahami perasaan aku, dan yang paling penting sekali seseorang yang sentiasa ingat pada Allah. amen.. sekian..

No comments:
Post a Comment