Powered By Blogger

24 July 2012

Sabar wahai hati ..

::بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم::

Kenapa perlu berfikiran buruk tentang orang lain, sesama manusia, malah kite juga bersaudara ?! hubungan kita sangat rapat, bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku .. Mereka la orang yang benar2 ku percaya dari kecil sehinggalah ku dewasa kini, orang yang kami rujuk jika ada sebarang masalah dan kemusykilan .. YA !! aku dengar segala-galanya .. ku faham setiap bait2 perkataan serta ayat-ayat perbualan mereka .. Malah perbualan itu telah ku dengar dengan jelas dan nyata !! ada unsur2 tokok dan tambahnya .. Tidak ku sangka kata2 itu keluar dari mulut2 mereka .. Ku sedar keluarga ku bukan keluarga berada .. Tapi kami tidak menyusahkan sesiapa .. Kami tak kacau hidup orang, Orang yang kacau kebahagiaan kami .. 

 Bukan kami tidak usaha .. bukan kami tidak mampu .. Bukan kami yang meminta yang BERIBU-RIBU tu, tapi dia yang memberi ! .. Bukan kami tak ambil tahu tentangnya, setiap hari kami sekeluarga sentiasa bersamanya, cuma tidak sebumbung dengannya sahaja .. Kami juga jaga makan dan minumnya, Walaupun ku tidak berada disana, tapi ku tahu adik-adikku sentiasa menemaninya. Setiap hari kami tanya khabarnya .. Adakah itu dinamakan kami ni tidak pedulikan dia?!! Sejak hari itu hati ni sentiasa MENANGIS, SEDIH, TERKILAN, KECEWA pun ada .. Semuanya DUNIA je .. Takpe, akan ku ingat kata-kata mereka sehingga ku mati kerana hal ini melibatkan keluarga .. Akan ku pastikan ia (3K) akan dibayar sepenuhnya!! semua itu perlukan masa .. Betul kata-kata seorang hamba ALLAH ni, kerana duit kita boleh putus kawan, kerana duit kita hina sesama kita, kerana duit kita buruk sangka dan kerana duit juga akan hilang segala-galanya.

Sebelum pulang untuk meneruskan perjuangan ku di tempat orang ni, ku peluk erat-erat tubuh MAK dan ABAH, ku tenung sedalam-dalamnya wajah mereka terutama sekali wajah ABAH .. Tenang je bila ku lihat wajah abah walaupun pelbagai tamparan yang diterimanya. Tapi ku tahu apa yang abah rasa walaupun tidak menunjukkan sebarang reaksi marah atau emosional. Abah tetap tenang .. Sebelum pergi juga ku berpesan kepada ADIK-ADIK supaya jaga MAK dan ABAH untuk KAKAK, belajar bersungguh-sungguh dan jangan menyusahkan orang lain .. Pada waktu itu tak tertahan lagi untuk ku menahan air mata ni, dengan sendirinya air mata ku bercucuran jatuh kebumi di depan mereka semua .. "MAK.. Kakak dan adik2 akan belajar bersungguh-sungguh dan berjanji mengubah nasib keluarga kita .. MAK dan ABAH lah segala-galanya bagi kami. Susah-senang kita tetap bersama". "ABAH ... walau apa pun yang terjadi, ABAH tetap hero dalam hidup kakak and u are the BEST FATHER in the world ! " .. Keluarga adalah pelindung, pembakar semangat, motivasi, keyakinan, dorongan, sokongan, kabahagiaan bagi diri ku .. Ku percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya .. Sabarlah wahai hati yang sedih (T_T) .. Ikutlah jalan yang lurus, Raihlah dengan ketakwaan, Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan, InsyaAllah, SyurgaNya jadi milikmu ..  

Kadang2.. ku tertanya-tanya, mangapa Allah menguji ku tepat dihatiku. Dibahagian terapuh diriku. Namun kini ku tahu jawapannya....Allah tahu tempat yang paling tepat agar ku sentiasa kembali mengingati-Nya dan Mencintai-Nya...

~jangan bersedih wahai hati.. ALLAH sentiasa ada.~
(T___T)

No comments:

Post a Comment